Arab Saudi batal tempahan jemaah haji gagal bayar ansuran kedua - Utusan Malaysia

Arab Saudi batal tempahan jemaah haji gagal bayar ansuran kedua

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JEDDAH: Kementerian Haji dan Umrah Arab Saudi membatalkan tempahan jemaah haji domestik yang gagal membuat pembayaran ansuran kedua pakej haji sebelum tamat tempoh pada 29 Januari lalu.

Bagaimanapun, kementerian memaklumkan jemaah yang dibatalkan tempahan masih boleh membuat tempahan semula pakej selagi slot masih ada.

“Tempahan akan disediakan untuk jemaah haji domestik melalui laman web kementerian dan aplikasi Nusuk sehingga 25 Jun atau sehingga kuota yang diperuntukkan untuk jemaah domestik tahun ini tamat,” jelasnya.

Menurut kementerian, hanya warga Arab Saudi yang memegang kad pengenalan sah atau dokumen ekspatriat dengan permit pemastautin sah dibenarkan menunaikan haji.

Sementara itu, kementerian menjelaskan, permit haji akan dikeluarkan kepada bakal jemaah yang membuat pembayaran penuh melalui platform `Abser’ mulai 5 Mei.

Sebelum ini, kementerian memaklumkan pembayaran elektronik bagi pakej haji harus dibuat melalui sistem SADAD.

“Tarikh akhir pembayaran ansuran kedua adalah pada 29 Januari manakala bagi ansuran ketiga pada 30 April ini.

“Pilihan pembayaran sebahagian kos pakej haji tidak tersedia selepas 26 Januari,” jelasnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya