Anak pengasas Walmart terkaya di AS, wanita kedua terkaya dunia

Anak pengasas Walmart terkaya di AS, wanita kedua terkaya dunia

ALICE Walton
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

NEW YORK: Seorang pengumpul karya seni kontemporari dan dermawan terkenal, Alice Walton dinobatkan sebagai wanita terkaya di Amerika Syarikat (AS) 2023.

Lapor portal newtraderu.com, dengan nilai bersih lebih AS$59.3 bilion (RM262.8 bilion), menurut Forbes, dia adalah wanita kedua terkaya di dunia dan orang terkaya ke-21 di dunia.

Walton merupakan anak perempuan pengasas Walmart, Sam Walton.

Dia dikatakan mewarisi kekayaan melalui harta peninggalan bapanya.

Selepas kematian bapanya, dia mewarisi 13 peratus kepentingan dalam Walmart bagi meneruskan perusahaan keluarga.

Bapanya membahagikan pemilikan sahamnya di Walmart sama rata antara Alice dan tiga lagi abangnya.

Dengan warisan itu, dia memperoleh berbilion-bilion daripada jualan beberapa saham asalnya dan daripada dividen yang diterimanya selama ini.

Mulai 23 Disember 2022, wanita itu masih memiliki lebih 350,000 saham saham Walmart Inc. bernilai lebih $50.7 bilion (RM224.7 bilion) dan sepanjang 11 tahun lalu, dia menjual saham Walmart bernilai lebih AS$22,657,136,474 (RM100.4 bilion).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya