31 mayat ditemukan di dua kubur rahsia Mexico

31 mayat ditemukan di dua kubur rahsia Mexico

PIHAK berkuasa Jalisco menemukan 31 mayat dalam dua kubur besar. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TLAJOMULCO DE ZUNIGA: Sebanyak 31 mayat ditemukan dalam dua kubur rahsia di Jalisco dan digali oleh pihak berkuasa di barat Mexico hari ini.

Lapor AFP, pihak berkuasa memberitahu, penemuan itu berlaku di wilayah yang dikaitkan dengan jenayah terancang.

Kubur pertama ditemukan pada 1 Februari lalu di bandar San Isidro Mazatepec di negeri Jalisco.

Kubur kedua pula ditemukan selepas beberapa hari siasatan dan pengekstrakan beg berisi mayat dilakukan.

Pendakwa Raya Jalisco, Luis Joaquin Mendez berkata kepada pemberita, pihaknya sudah membuat kiraan dan mendapati kesemua mayat adalah sebanyak 31 orang.

“Kami sudah mengira kesemua 31 mangsa. Pihak berkuasa sudah mengenal pasti kira-kira separuh daripada mayat berkenaan supaya boleh dikembalikan kepada keluarga mereka,” kata Mendez.

Jalisco, negeri yang dikawal oleh kartel generasi gaharu adalah antara negeri Mexico yang paling terjejas dengan keganasan jenayah terancang.

Tahun lepas, 301 mayat ditemukan di negeri ini dalam 41 kubur rahsia dan 544 mayat ditemukan pada 2020, jumlah tertinggi setakat ini.

Kadar pembunuhan Mexico meningkat tiga kali ganda sejak 2006 apabila peningkatan perang kerajaan terhadap kartel dadah mencetuskan keganasan.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.