23 maut dalam kebakaran hutan di Chile

23 maut dalam kebakaran hutan di Chile

Kebakaran hutan di kawasan Santa Juana, berhampiran Concepcion, Chile. -AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CONCEPCION: Sekurang-kurangnya 23 orang maut dalam kebakaran hutan yang berlaku di tengah-tengah gelombang panas di selatan tengah Chile.

Timbalan Menteri Dalam Negeri Manuel Monsalve berkata, pihaknya bersimpati di atas nasib yang menimpa 23 orang berkenaan dan 979 lagi cedera dalam kebakaran itu.

Monsalve berkata, 232 kes kebakaran hutan masih aktif sejak Sabtu lalu.

Kerajaan Presiden Chile, Gabriel Boric melanjutkan perintah darurat bencana di kawasan terlibat meliputi wilayah selatan Araucania.

Kawasan Nuble dan Biobio sudah pun berada di bawah bencana.

Tindakan itu membolehkan Boric menggerakkan tentera untuk membantu memerangi kebakaran ketika jumlah kematian terus meningkat.

Suhu melonjak sehingga 40 darjah Celsius, menghalang usaha memadamkan kebakaran yang kebanyakannya marak di luar kawalan.

Boric menangguhkan percutian untuk bergegas ke bandar Concepcion, 510 kilometer (320 batu) di selatan ibu negara, Santiago.

Beliau dalam ciapan Twitternya berkata akan terus bekerja untuk berdepan kebakaran hutan dan membantu keluarga.

Boric berkata, Argentina turut menawarkan bantuan untuk menghantar anggota bomba dan peralatan mereka.

Menteri Dalam Negeri, Carolina Toha memberitahu, Brazil, Uruguay, Mexico dan Sepanyol juga menawarkan bantuan.

“Kami menjadi salah satu (negara) yang paling terdedah kepada kebakaran, pada asasnya disebabkan oleh evolusi perubahan iklim.

“Keadaan kebakaran melampau pernah berlaku tiga tahun lalu dan menjadi lebih biasa pada tahun ini, kata Toha.

Sepuluh daripada kematian adalah di bandar Santa Juana, di wilayah Concepcion, kata pihak berkuasa sebelum ini.

Kebakaran itu memusnahkan sekurang-kurangnya 88 rumah dan memusnahkan hutan seluas 47,000 hektar, kata pegawai.

Datuk Bandar Santa Juana, Ana Albornoz berkata, kebakaran melanda dengan teruk di perbandaran itu kerana rupa bumi sangat tidak stabil dan jalan raya yang teruk.

“Penduduk kami sangat kecil dengan seorang tinggal di atas satu bukit dan seorang lagi di atas bukit yang lain, manakala kawasan bandar terlalu sesak,” katanya. -AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.