19 negara bantu tubuh 22 hospital sementara di Turkiye - Utusan Malaysia

19 negara bantu tubuh 22 hospital sementara di Turkiye

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTAKYA: Sebanyak 19 negara membantu menubuhkan 22 hospital lapangan di selatan Türkiye yang digegarkan oleh dua gempa bumi kuat pada 6 Februari lalu, lapor Kementerian Luar Turkiye.

Jelas kementerian itu, sebanyak 90,015 khemah, 167 kontena tempat tinggal dan 999 unit kebersihan mudah alih dibawa ke Türkiye dengan penyelarasan wakil asing.

Terdapat juga bantuan termasuk 1,344,234 selimut, 196,538 beg tidur, 74,750 katil, 26,622 penjana, 5,722 tan pakaian, 3,065 tan bekalan perubatan serta kebersihan dan 5,678 tan makanan.

Menurut agensi pengurusan bencana negara, lebih 43,500 orang terbunuh dalam gempa bumi itu.

Gegaran kuat berpusat di Kahramanmaras menggegarkan 10 wilayah termasuk Hatay, Gaziantep, Adıyaman, Malatya, Adana, Diyarbakir, Kilis, Osmaniye, Sanliurfa dan Elazig.

Presiden, Recep Tayyip Erdogan berkata, Türkiye akan mula membina rumah seawal Mac ini di kawasan yang musnah akibat gempa bumi dan akan berusaha menyelesaikan proses itu dalam tempoh satu tahun.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya