Warga India ditahan di Bali seludup 932 butir berlian dalam dubur - Utusan Malaysia

Warga India ditahan di Bali seludup 932 butir berlian dalam dubur

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang warganegara India ditahan pegawai Kastam dan Eksais kerana menyeludup 932 berlian melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Gusti Ngurah Rai di Bali.

Lapor Kompas.com, lelaki yang bekerja sebagai akauntan itu nekad menyeludup berlian seberat 40.73 karat dengan memasukkan kesemua berlian itu ke dalam duburnya.

Suspek dan bahan bukti dilaporkan telah diserahkan oleh penyiasat dari Pejabat Pengawasan dan Perkhidmatan Kastam dan Eksais Ngurah Rai kepada Pejabat Peguam Daerah Badung untuk proses lanjut.

“Pelaksanaan penyerahan barang bukti kes jenayah kastam bersama suspek dilakukan Rabu lalu,” kata Ketua Pejabat Pendakwa Raya Badung, Imran Yusuf dalam keterangan bertulis semalam.

Imran berkata, cubaan penyeludupan berlian itu berlaku di Terminal Ketibaan Antarabangsa di Lapangan Terbang Ngurah Rai, Bali pada 15 Oktober tahun lalu.

Aktiviti itu terbongkar selepas pegawai merasa curiga ketika memeriksa suspek yang menaiki pesawat dari Lapangan Terbang Antarabangsa Suvarnabhumi, Thailand menuju Lapangan Terbang Ngurah Rai.

“Pegawai yang curiga mengarahkan warga asing itu membuat pemeriksaan X-ray sehingga tujuh beg plastik berisi berlian yang dibalut kondom ditemui dari dalam duburnya.

“Suspek mengaku berlian itu diperoleh daripada ketua tempat dia bekerja sebagai akauntan. Dia diminta untuk membawa berlian dari Bangkok untuk diserahkan kepada seseorang di Bali.

“Daripada kesemua butiran berlian yang diseludup suspek, dianggarkan potensi kerugian cukai import berjumlah kira-kira 99 juta rupiah (RM28,598),” kata Imran.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.