Wanita UK dipangku penutup tong sampah ke hospital - Utusan Malaysia

Wanita UK dipangku penutup tong sampah ke hospital

PAMELA Rolfe. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita warga emas yang cedera terpaksa dikejarkan ke hospital dengan diikat pada sebuah penutup tong sampah berikutan tiada perkhidmatan ambulans bagi membawa pesakit berkenaan. 

Lapor Daily Mail, Pamela Rolfe, 79, patah tulang pinggul selepas terjatuh ketika berjalan bersama anjingnya di sebuah taman di Johnstown, utara Wales.

Anak perempuannya, Dawn Hamilton mendakwa dia menghubungi talian kecemasan 999 namun dimaklumkan bahawa ibunya `tidak layak’ untuk mendapat perkhidmatan ambulans ketika itu disebabkan krisis kesihatan semasa.  

Justeru, katanya, orang ramai terpaksa meletakkan penutup tong sampah di bawah badan ibunya sebelum diusung ke dalam sebuah van untuk dibawa ke hospital.

Dawn mendakwa, ibunya hanya dimasukkan ke wad pada pukul 7 malam (waktu tempatan) kira-kira lapan jam selepas Pamela jatuh dan mengalami kecederaan.

Malah, dia mendakwa ibunya hanya menjalani pembedahan pada keesokan harinya. 

Menurut Dawn, ibunya kini sedang menerima rawatan di Hospital Wrexham Maelor.

“Saya tidak percaya isu seperti ini boleh berlaku, malah saya melihat barisan panjang orang menunggu di luar pintu hospital.

“Kami juga diberitahu pesakit terpaksa menunggu dalam ambulans lebih 24 jam,” katanya.  

Situasi itu berlaku ketika satu data dikeluarkan oleh Perkhidmatan Kesihatan Kebangsaan (NHS) menunjukkan hampir separuh perkhidmatan ambulans mengalami kelewatan ketika dalam kecemasan.

Data itu menunjukkan sebanyak 45 peratus daripada pasukan paramedik `terperangkap’ di luar hospital selama sekurang-kurangnya 30 minit.

Sistem kesihatan United Kingdom (UK) dikatakan berdepan bebanan lebih besar, berbanding ketika kemuncak pandemik Covid-19 sebelum ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.