Wanita 29 tahun menyamar jadi pelajar sekolah - Utusan Malaysia

Wanita 29 tahun menyamar jadi pelajar sekolah

WANITA itu sempat menghadiri sesi kelas selama empat hari di New Brunswick High School di New Jersey. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TRENTON: Seorang wanita berusia 29 tahun ditahan pihak berkuasa selepas didapati menggunakan dokumen palsu untuk menyamar sebagai pelajar dan mendaftar di sekolah menengah di New Jersey.

Lapor agensi berita Associated Press, wanita itu sempat menghadiri beberapa sesi kelas selama empat hari sebelum perbuatannya terbongkar pada minggu lalu.

Menurut pihak berkuasa, setakat ini, pihaknya tidak dapat mengenal pasti motif sebenar wanita yang melakukan penyamaran itu.

Dilaporkan, wanita itu mendapat nombor telefon pelajar yang membantunya mencari jalan untuk mendaftar di New Brunswick High School.

Malah, wanita itu juga dikatakan masih menghantar mesej kepada pelajar berkenaan, selepas muslihatnya didedahkan.

Ketika ini, wanita itu dilarang memasuki mana-mana kawasan sekolah di daerah itu dan pegawai menasihati pelajar supaya tidak berhubung dengan individu berkenaan.

Pihak berkuasa memaklumkan wanita itu mengemukakan dokumen sijil kelahiran palsu kepada pegawai daerah. 

Peraturan New Jersey mewajibkan sekolah awam mendaftarkan semua pelajarnya, dan bukti dokumen penjaga tidak diperlukan untuk pendaftaran bagi remaja tanpa ditemani. 

Selepas mendaftar, pelajar dikehendaki mengemukakan bukti tambahan iaitu dokumen pengesahan identiti dalam tempoh 30 hari.

Sementara itu, wanita itu didakwa atas pertuduhan mengemukakan dokumen palsu dengan tujuan bagi mendaftar di sekolah tersebut.

Pegawai sekolah New Brunswick memaklumkan pihaknya merancang menyemak semula proses pendaftaran bagi mengelak kejadian serupa berulang.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.