Video pelajar menari di sekolah tular, tarik perhatian Agnes Monica - Utusan Malaysia

Video pelajar menari di sekolah tular, tarik perhatian Agnes Monica

AKSI tarian dua pelajar sekolah dari Bogor mendapat pujian Agnes Monica walaupun dikecam warga net.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Sebuah video memaparkan dua pelajar menari dengan penuh bergaya sambil diperhatikan pelajar lain di kawasan perhimpunan di sebuah sekolah tular di media sosial baru-baru hingga mendapat perhatian penyanyi terkenal Indonesia, Agnes Monica. 

Lapor Kompas.com, video itu sudah ditonton lebih 1.1 juta kali dan menerima lebih 15,200 tanda suka oleh pengguna Twitter.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi daripada warga net termasuk yang menuduh aksi tersebut sebagai contoh buruk yang merosakkan generasi muda kini.

“Generasi muda Islam sudah mula terpengaruh dengan budaya asing, sekolah memasukkan kurikulum tarian dalam bahan pembelajaran mereka. Kenapa masih leka melihat generasi pelapis bangsa rosak seperti ini,” tulis seorang warga net.

Bagaimanapun, Pengetua Sekolah SMPN 1 Ciawi, Ermaini di wilayah Bogor di Jawa Barat tampil mempertahankan pelajarnya yang tular dalam video tersebut.

Jelas Ermaini, dua pelajar tersebut, Keysha Aditia dan Devina Anindita merupakan atlet sukan tari yang memenangi pingat emas pada acara Porprov Jawa Barat 2022.

Malah Agnes yang merupakan antara artis terkaya di Indonesia turut tertarik dengan persembahan pelajar berkenaan dan mengeluarkan kenyataan meminta dipertemukan dengan kedua-dua mereka.

“Tolong cari mereka supaya saya secara peribadi boleh mengucapkan tahniah kepada mereka.

“Prestasi seperti ini amat membanggakan. Bakat ini bukan sesuatu untuk disembunyikan malah memalukan,” kata Agnes menerusi Instagram Story.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.