Ukraine berdepan pertempuran sengit tentera Russia di Vugledar berhampiran Donetsk - Utusan Malaysia

Ukraine berdepan pertempuran sengit tentera Russia di Vugledar berhampiran Donetsk

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BAKHMUT: Tentera Ukraine berdepan serangan pejuang Russia untuk mengawal bandar Vugledar di barat daya Donetsk ketika kedua-dua pihak bertempur di sepanjang bahagian hadapan selatan.

Kedua-dua pihak mendakwa memperoleh kejayaan di pusat pentadbiran kecil menara apartmen yang dikelilingi oleh padang rata, tidak jauh dari lokasi strategik kampung Pavlivka.

“Pengepungan dan pembebasan seterusnya bandar ini menyelesaikan banyak masalah,”

“Tidak lama lagi, Vugledar mungkin menjadi kejayaan baharu yang sangat penting bagi kami,” kata Pemimpin Wilayah Donetsk yang dilantik oleh Moscow, Denis Pushilin.

Tetapi Kyiv berkata, bandar yang mempunyai penduduk kira-kira 15,000 orang sebelum pencerobohan itu masih menjadi perebutan dan belum sah ditakluk Russia.

“Terdapat pertempuran sengit di sana. Selama beberapa bulan, tentera Persekutuan Russia telah berusaha untuk mencapai kejayaan yang ketara di sana,” kata jurucakap tentera Ukraine, Sergiy Cherevaty kepada media tempatan.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya