Taufan Cheneso badai Madagascar: 25 maut, puluhan ribu hilang tempat tinggal - Utusan Malaysia

Taufan Cheneso badai Madagascar: 25 maut, puluhan ribu hilang tempat tinggal

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ANTANANARIVO: Sekurang-kurangnya 25 orang maut dan puluhan ribu lagi hilang tempat tinggal sejak taufan tropika kuat melanda Madagascar minggu lalu.

Lapor Al Jazeera, taufan Cheneso membadai timur laut Madagascar kira-kira 10 hari lalu, dengan membawa angin kencang dan mencetuskan hujan lebat sehingga menyebabkan banjir besar berlaku di negara itu.

Sepanjang minggu lalu, taufan itu bergerak ke arah tenggara sehingga merosakkan rumah, bangunan sekolah dan harta benda.

Berdasarkan data dikeluarkan Pejabat Pengurusan Risiko dan Bencana Madagascar, setakat ini, seramai 25 orang maut dan 21 lagi masih hilang.

Menurut data itu, sekurang-kurangnya 83,181 penduduk terjejas akibat bencana itu, dengan hampir 38,000 orang hilang tempat tinggal.

Sebelum ini, pejabat pengurusan bencana itu memaklumkan lebih 23,600 rumah dinaiki air dan sekurang-kurangnya 500 lagi musnah sepenuhnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya