Syarikat Jepun cipta alat ukur keenakan mi soba   - Utusan Malaysia

Syarikat Jepun cipta alat ukur keenakan mi soba  

SYARIKAT Yatsurugigiken Inc. cipta alat mengukur tahap keenakan rasa mi soba secara saintifik. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sebuah syarikat berpangkalan di Nagano, Jepun berjaya mencipta sebuah alat yang mampu mengesan dan mengukur tahap keenakan rasa mi soba secara saintifik dalam masa beberapa saat sahaja. 

Alat menilai keenakan rasa mi yang pertama di dunia itu, dibangunkan oleh syarikat Yatsurugigiken Inc. dengan kerjasama Fakulti Pertanian Universiti Shinshu. 

Mi soba diperbuat daripada buckwheat iaitu dari jenis gandum kuda atau gandum hitam, merupakan hidangan popular di wilayah Nagano.

Lapor Oddity Central, peranti berteknologi tinggi itu menggunakan sinaran pendarfluor LED ultraungu ke atas kira-kira dua gram tepung buckwheat dan mengukur tahap kandungan fosfolipid, protein dan bahan lain berkaitan rasa.     

Dalam tempoh beberapa saat, bacaan penilaian membabitkan empat kategori berbeza iaitu keenakan rasa, aroma, kehijauan dan kesegaran dipaparkan pada skrin LED.

“Selama ini pengusaha kilang tepung hanya bergantung pada pandangan pekerja mahir untuk penilaian rasa.

“Namun, saya ingin mengukur keenakan rasa soba dalam bentuk angka bagi menunjukkan kualiti mi dalam cara lebih objektif. Oleh itu, kami menghasilkan peranti itu,” kata Presiden Yatsurugigiken Inc, Naoya Shimizu.

Menurut syarikat itu, rasa adalah suatu perkara amat subjektif yang mana tidak menjadi sama bagi setiap individu memandangkan semua memiliki cita rasa berbeza.

Justeru, Yatsurugigiken mengakui keenakan rasa mi boleh dipengaruhi oleh cara bahan makanan itu direbus dan dimasak.

Bagaimanapun, menurut syarikat itu, peranti dibangunkan itu menyampaikan hasil keputusan yang objektif dari segi kualiti tepung buckwheat .

Dilaporkan, Yatsurugigiken sudah memperoleh paten bagi peranti pintar itu dan yakin bahawa pengusaha restoran, pengilang, koperasi pertanian dan entiti lain akan berminat untuk membeli alat itu.    

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya