Sudu elektrik bantu kurangkan pengambilan garam  - Utusan Malaysia

Sudu elektrik bantu kurangkan pengambilan garam 

SUDU elektrik mampu meningkatkan rasa masin dalam makanan yang hambar. - AGENSI     
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Sekumpulan saintis dari Universiti Meiji di Jepun berjaya mencipta sebuah sudu khas yang mampu membantu orang ramai mengurangkan pengambilan garam dalam makanan harian mereka.

Lapor Daily Mail, sudu elektrik yang dibangunkan itu dikatakan berupaya meningkatkan rasa masin dalam makanan yang hambar.    

Perkakas baharu futuristik itu berfungsi dengan bantuan gelombang elektrik yang bertindak memindahkan ion sodium atau `garam elektrik’ ke dalam mulut individu.

Ketua penyelidik, Dr. Homei Miyashita berkata, inovasi itu turut membabitkan set sudu dan mangkuk dijangka dipasarkan pada akhir tahun ini namun harganya belum ditentukan lagi.

Jelasnya, sudu elektrik tersebut amat berkesan sehingga mampu meningkatkan 1.5 kali ganda tahap kemasinan pada makanan rendah sodium.

Justeru, para saintis bersama syarikat pengeluar minuman, Kirin Holdings Co. berharap agar set sudu dan mangkuk itu dapat membantu orang ramai mengamalkan gaya hidup yang lebih sihat.

Sementara itu, menurut penyelidik, peranti Electric Salt itu akan dilancarkan pada tahun ini.

Pengambilan garam yang berlebihan boleh menyebabkan tekanan darah tinggi, strok dan penyakit lain yang berkaitan.

Teknologi Sensor Rasa Elektronik itu berfungsi dengan menggunakan arus elektrik yang rendah untuk memindahkan garam ke mulut individu.

Malah, ia tidak memberi sebarang kesan sampingan kepada tubuh individu sebaliknya hanya mengubah cara rasa makanan melalui persepsi pseudo-deria.

Ini bukan kali pertama Miyashita bersama pasukan penyelidiknya meneroka teknologi baharu yang boleh berinteraksi dan merangsangkan pengalaman deria manusia.

Sebelum ini, pasukan penyelidik itu pernah mencipta peranti penyepit menggunakan teknologi yang sama. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya