Saintis kesan isyarat radio dari galaksi 9 bilion tahun cahaya   - Utusan Malaysia

Saintis kesan isyarat radio dari galaksi 9 bilion tahun cahaya  

PENYELIDIK mampu mengesan isyarat radio itu dengan menggunakan teleskop gergasi berhampiran Pune, Maharashtra di India.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Sekumpulan saintis berjaya mengesan satu isyarat radio dipercayai dihantar dari galaksi yang terletak sejauh kira-kira sembilan bilion tahun cahaya dari bumi.   

Lapor Daily Mail, pasukan penyelidik dari Kanada dan India mampu mengesan isyarat berkenaan dari galaksi dikenali sebagai SDSSJ0826+5630, dengan menggunakan teleskop gergasi berhampiran Pune di Maharashtra.

Dilaporkan, gelombang radio itu membolehkan ahli astronomi memahami pembentukan awal alam semesta yang dipercayai berusia sekitar 13.7 bilion tahun.

Menurut ahli kosmologi dan pengarang bersama kajian pengesanan gelombang, Arnab Chakraborty, isyarat radio itu membolehkan mereka melihat kembali masa lalu.   

“Ia bersamaan dengan melihat semula ke masa lalu dalam tempoh 8.8 bilion tahun,” katanya. 

Isyarat radio diterima itu tidak dihantar oleh makhluk asing, sebaliknya datang dari galaksi pembentuk bintang yang dipancarkan ketika alam semesta hanya berusia 4.9 bilion tahun.

Malah, ia merupakan isyarat radio pertama seumpamanya dikesan dari jarak yang begitu jauh.

Dalam pada itu, Arnab berkata, galaksi memancarkan pelbagai jenis isyarat radio.

“Sehingga kini, kita hanya mampu mengesan isyarat khusus dari galaksi berdekatan sekali gus mengehadkan pengetahuan dalam mengetahui galaksi sekitar bumi,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Astronomi Diraja mengumumkan pengesanan isyarat radio itu dalam notis bulanan mereka.

Jelasnya, gelombang isyarat dikesan itu merupakan penemuan penting kerana frekuensinya berada pada panjang gelombang tertentu yang dikenali sebagai `garisan 21 cm’. 

 Garisan itu juga dikenali sebagai garis hidrogen dan ia merupakan garis spektrum sinaran elektromagnet dengan frekuensi 1420.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya