Russia dakwa berjaya tawan Soledar - Utusan Malaysia

Russia dakwa berjaya tawan Soledar

TANGKAP layar rakaman video menunjukkan kepulan asap di kawasan pinggir Soledar, timur Ukraine. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KRAMATORSK: Russia mendakwa pasukan tenteranya berjaya menawan bandar Soledar di timur Ukraine selepas siri pertempuran sengit selama beberapa minggu.

Ia merupakan dakwaan kemenangan pertama Moscow dalam tempoh beberapa bulan walaupun Ukraine menafikan sebarang pengambilalihan dan menegaskan pertempuran masih berterusan di bandar itu.   

Terdahulu, kedua-dua pihak mengakui menghadapi kekalahan besar dalam pertempuran untuk pusat perlombongan garam.

Moscow terdesak untuk meraih kemenangan selepas berdepan penghinaan selama beberapa kali dan Ukraine pula bertekad bertahan, menyerang dan merampas semula wilayah.     

Menurut Kementerian Pertahanan Russia, pihaknya sudah ‘membebaskan’ Soledar dan menegaskan kemenangan itu akan membuka jalan kepada lebih banyak `operasi serangan yang berjaya’ di wilayah Donetsk.

Dalam kenyataan berasingan, kementerian turut memuji pasukan Wagner yang `berani dan tidak mementingkan diri’ kerana menyerbu Soledar.  

Pengasas Wagner, Yevgeny Prigozhin menegaskan pasukannya menerajui serangan di Soledar.

Ukraine menafikan dakwaan Russia dan memaklumkan pertempuran sengit masih berterusan di bandar perindustrian yang mempunyai kira-kira 10,000 penduduk sebelum perang berlaku.

Sebelum ini, Timbalan Menteri Pertahanan Ukraine, Ganna Malyar pernah memaklumkan Russia sudah mengalihkan sebahagian besar pasukan tenteranya di sekitar Donetsk untuk menawan Soledar.

“Ini merupakan fasa paling sukar dalam peperangan itu,” katanya.

Dilaporkan, bunyi tembakan artileri bergema sekeliling bangunan yang musnah di pekan Siversk di utara Soledar. – AFP/AGENSI   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.