Polis ditahan 'jual' isteri kepada rakan sekerja - Utusan Malaysia

Polis ditahan ‘jual’ isteri kepada rakan sekerja

SUBAIDI (kanan) menemani mangsa ketika menarik balik laporan polis yang dibuat di Balai Polis Jawa Timur kelmarin.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang anggota polis di Jawa Timur ditahan selepas didakwa ‘menjual’ isterinya sendiri untuk melayani nafsu rakan-rakan sekerjanya.

Polis Daerah Jawa Timur mengesahkan penangkapan tersebut beberapa hari lalu selepas menerima laporan daripada mangsa.

Kejadian ini dilaporkan berlaku sejak lima tahun lalu apabila pegawai polis berkenaan sering mengajak rakan-rakannya yang juga pegawai polis dan anggota Tentera Nasional Indonesia (TNI) untuk bersetubuh dengan isterinya. 

Malah suspek turut mengambil dadah terlarang sebelum melakukan tindakan terkutuk itu.

Selain melakukan soal siasat terhadap tujuh orang yang didakwa terlibat dalam kes itu, polis turut merampas kad memori mengandungi video aksi mangsa bersama lelaki-lelaki hidung belang itu yang dirakam suaminya.

Bagaimanapun semalam, wanita berkenaan tiba-tiba menarik balik laporan berkenaan dan peguam mengesahkan tindakan itu dilakukan selepas kedua-dua keluarga mangsa dan suspek bersetuju masalah tersebut diselesaikan secara baik.

Peguam mangsa, Subaidi berkata, pembatalan aduan itu turut mengambil kira keadaan psikologi anak-anak mangsa dan suspek yang enggan ke sekolah dan kolej kerana malu menjadi bahan ejekan selepas kes itu mendapat perhatian media.

“Mangsa sudah memaafkan suspek dan sudah cukup puas hati apabila  suspek ditahan polis. Dengan penarikan balik laporan dan pemberian maaf oleh mangsa, hukuman yang akan dijatuhkan kepada suspek mungkin akan diringan,” jelas Subaidi.-AGENSI 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.