Polis buru lelaki Asia suspek tembakan di California - Utusan Malaysia

Polis buru lelaki Asia suspek tembakan di California

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MONTEREY PARK: Polis di California Selatan melancarkan gerakan memburu seorang lelaki Asia yang melakukan tembakan besar-besaran mengorbankan 10 nyawa dan mencederakan 10 mangsa lain di sebuah kelab tarian di California ketika sambutan Tahun Baru Cina semalam.

Sherif Los Angeles County, Robert Luna berkata, maklumat yang diterima berhubung penembak masih diperingkat awal dan tidak memberikan butiran lanjut mengenai usaha mengenalpasti suspek.

“Suspek lelaki melarikan diri dari tempat kejadian dan masih bebas,” kata Luna dalam sidang akhbar di Monterey Park.

Lelaki bersenjata itu melepaskan tembakan ketika orang ramai sedang meraikan Tahun Baru Cina di Monterey Park di selatan California dan saksi melihat suspek menembak secara rambang dengan senjata semiautomatik.

Luna berkata, pegawai telah menerima panggilan kecemasan dan mendapati orang ramai keluar dari premis itu.

“Pihak Bomba Monterey Park dikerahkan ke tempat kejadian dan merawat mangsa yang cedera dan memaklumkan 10 daripada mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.

“Lima mangsa yang maut adalah wanita dan lima lelaki, kata pegawai,” kata Kapten Andrew Meyer sebelum ini.

Luna berkata, 10 mangsa yang cedera telah dibawa ke beberapa hospital dan ada yang berada dalam keadaan kritikal.-AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya