Perancis hantar pulang tahanan wanita, kanak-kanak - Utusan Malaysia

Perancis hantar pulang tahanan wanita, kanak-kanak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PARIS: Perancis menghantar pulang seramai 15 wanita dan 32 kanak-kanak yang ditahan di sebuah pusat tahanan di timur laut Syria.

Perkara itu disahkan oleh Kementerian Luar Perancis dalam satu kenyataan.

“Kanak-kanak berkenaan sudah diserahkan kepada agensi bertanggungjawab menjaga hal ehwal golongan itu.

“Mereka akan menjalani saringan kesihatan dan tertakluk kepada pemantauan sosial,” jelas kementerian itu.

Menurut kementerian, tahanan dewasa pula diserahkan kepada pihak berkuasa kehakiman.

Tambahnya, wanita dan kanak-kanak yang dihantar pulang, dilaporkan berada di kem Roj di timur laut Syria, kira-kira 15 kilometer (km) dari sempadan Iraq dan Turkiye.

Proses penghantaran pulang itu adalah ketiga berskala besar dilakukan oleh Perancis.

Pada Oktober tahun lalu, Paris menghantar pulang seramai 15 wanita dan 40 kanak-kanak dari Syria. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya