Pelancong dipukul panjat tangga kuil purba Maya - Utusan Malaysia

Pelancong dipukul panjat tangga kuil purba Maya

TANGKAP layar rakaman menunjukkan pelancong itu dikerumuni orang ramai selepas menaiki tangga Kuil Kukulcan di Chichen Itza, Semenanjung Yucatan. - AGENSI  
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MEXICO CITY: Seorang pelancong dari Poland dipukul dengan sebatang kayu besar selepas mencetuskan kemarahan orang ramai dengan menaiki tangga sebuah kuil tamadun purba Maya di Mexico.   

Sebelum ini, seorang wanita warga Mexico pernah dihina dan dibaling botol air oleh orang ramai yang berang setelah individu itu menaiki anak tangga Kuil Kukulcan di tapak arkeologi di Chichen Itza, Semenanjung Yucatan pada November tahun lalu.      

Lapor Mirror, pelancong lelaki yang tidak didedahkan namanya didapati melanggar larangan menaiki piramid bertingkat gergasi setinggi 24.99 meter itu.

Rakaman yang tular dalam media sosial menunjukkan pelancong itu diiringi oleh dua pengawal keselamatan ketika menuruni anak tangga sebelum dikepung orang ramai di kawasan itu.

Pelancong tersebut kemudian dihampiri oleh seorang lelaki yang membawa sebatang kayu besar lalu dipukul di belakang kepalanya.

“Individu itu kelihatan terpinga-pinga seketika dan menoleh ke belakang sambil menutup kepala dengan tangannya seolah-olah tidak cuba bergaduh,” jelas laporan itu.  

Pelancong itu dikenakan denda sebanyak 5,000 peso selepas ditahan dalam tahanan selama kira-kira 12 jam.

Malah, pelancong mendakwa dia mengakses kawasan larangan itu untuk mengambil gambar dan berkongsi di media sosial.    

Berdasarkan laporan media tempatan, lelaki yang memukul pelancong itu merupakan pelancong lain yang identitinya tidak dapat dipastikan.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya