Manusia perak lemas jatuh sungai - Utusan Malaysia

Manusia perak lemas jatuh sungai

POLIS mengangkat mayat lelaki yang lemas ketika membersihkan diri di Sungai Kemuning.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAWA TIMUR: Malang tidak berbau, seorang lelaki di daerah Sampang hanyut di bawa arus Sungai Kemuning ketika cuba membersihkan diri dan cat di wajahnya selepas menjadi ‘manusia perak’ dalam kejadian tragis baru-baru ini.

Lapor kompas.com, lelaki berkenaan sedang membersihkan diri di kawasan sungai tersebut di Jalan Bahagia di daerah Rongtengah.

Mangsa tiba-tiba tergelincir dan dihanyutkan arus deras ketika hujan lebat Khamis lalu.

Seramai 20 anggota pasukan penyelamat dikerahkan untuk mencari mangsa namun keadaan air yang keruh dan arus deras menyebabkan usaha terpaksa dihentikan sementara.

Saksi berkata, dia sempat melihat mangsa yang hampir lemas dan cuba menyelamatkannya menggunakan batang buluh tetapi gagal.

“Kerana mangsa tidak tahu berenang, dia tidak dapat berpaut dan dibawa arus deras sehingga lemas,” jelas polis.

Mayat mangsa hanya berjaya ditemukan dua hari kemudian di muara Sungai Kemuning berhampiran Jambatan Bahagia dan diserahkan kepada keluarganya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya