Luhut tidak bertanding jawatan Presiden - Utusan Malaysia

Luhut tidak bertanding jawatan Presiden

LUHUT BINSAR PANDJAITAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Menteri Penyelaras Hal Ehwal Maritim dan Pelaburan, Luhut Binsar Pandjaitan mendedahkan beliau akan bersara pada tahun depan dan tidak mahu lagi berkhidmat dalam kerajaan.

Lapor Kompas.com, beliau menyampaikan kenyataan itu dalam ucapannya ketika merasmikan majlis kesyukuran permulaan tahun yang disiarkan di saluran YouTube kelmarin.

“Apabila tamat tahun 2024, saya bersara dan saya tidak mahu terlibat lagi. Kerana saya tahu segala-galanya di bawah langit ada masanya. Kita tidak boleh memaksa diri untuk melawannya. Tiada yang kekal, yang kekal adalah Tuhan, ” katanya.

Beliau juga mengingatkan bahawa teladan yang baik adalah kunci untuk menjadi seorang pemimpin dan  turut mengingatkan pegawai-pegawai wilayah yang menghadiri upacara berkenaan berhubung tempoh jawatan.

“Contoh teladan yang baik adalah kuncinya dan kita sebagai pegawai jangan pernah merasa kita akan menjadi pegawai selama-lamanya. Semuanya tentang masa, pasti waktu kita akan sampai juga,” kata Luhut.

Sebelum ini, Luhut turut menegaskan beliau tidak akan menjadi calon Presiden atau Timbalan Presiden.

Hasrat itu disampaikan ketika berucap pada majlis pelancaran buku biografi Luhut Binsar Pandjaitan di Jakarta, Jumaat lalu.

“Mereka kata saya popular, tetapi nasib baik saya tidak mahu jadi Presiden atau calon Timbalan  Presiden. Jadi saya bebas bercakap,” katanya sambil tersenyum dan disambut gelak ketawa tetamu yang hadir.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.