Lebih 25 terbunuh, 140 cedera letupan bom di masjid Peshawar - Utusan Malaysia

Lebih 25 terbunuh, 140 cedera letupan bom di masjid Peshawar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PESHAWAR: Sekurang-kurangnya 25 orang terbunuh dan lebih 140 lagi cedera dalam satu insiden letupan di sebuah masjid di bandar Peshawar di barat laut Pakistan, menurut pegawai.

Pegawai polis, Sikandar Khan berkata, letupan oleh pengebom berani mati itu berlaku di masjid ketika sebilangan besar orang berkumpul untuk menunaikan solat.

“Sebahagian daripada bangunan itu runtuh dan beberapa orang dipercayai masih berada di bawah runtuhan.

“Pengebom itu duduk di saf hadapan solat berjemaah di dalam masjid,” jelasnya.

Tiada pihak yang mengaku bertanggungjawab atas pengeboman itu.

Perdana Menteri, Shahbaz Sharif mengecam pengeboman itu dalam satu kenyataan dan mengarahkan pihak berkuasa untuk memastikan rawatan perubatan terbaik kepada mangsa selain akan mengenakan tindakan tegas terhadap dalang serangan itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya