Korea Utara mahu hasilkan lebih banyak peluru berpandu pada tahun ini

Korea Utara mahu hasilkan lebih banyak peluru berpandu pada tahun ini

PEMIMPIN Korea Utara, Kim Jong-un bersama anak perempuannya ketika bertemu dengan pasukan tentera yang terlibat dalam pelancaran peluru berpandu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEOUL: Tahun 2023 bakal menyaksikan Korea Utara semakin agresif mengukuhkan pembangunan senjata nuklear apabila pemimpinnya, Kim Jong-un mengarahkan penghasilan lebih banyak peluru berpandu balistik antara benua yang baharu.

Berucap semasa mesyuarat Parti Pekerja, Jong-un juga mengarahkan pengeluaran besar-besaran senjata nuklear taktikal bagi menentang ancaman Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan.

Hal ini keranam Jong-un menuduh kedua-dua negara tersebut menjalin pakatan untuk terus menyekat dan memulaukan Korea Utara.

Di sebalik arahan yang dikeluarkan, Pyongyang sekali lagi melancarkan ujian peluru berpandu jarak dekat kelmarin.

peluru berpandu itu meluncur setinggi 100 kilometer dan berupaya terbang sejauh 400 kilometer sebelum jatuh di Laut Timur.

Jurucakap tentera Korea Utara memaklumkan, peluru berpandu itu dilancarkan dari kawasan Ryongsong di Pyongyang pada pukul 2.50 pagi waktu tempatan.

Pelancaran peluru berpandu itu berlaku beberapa hari selepas Seoul mengerahkan jet pejuangnya selepas lima jet milik tentera Pyongyang menceroboh ruang udara negara itu.

Selain itu, Jong-un turut menyatakan bekalan senjata nuklear yang dimiliki negara itu ketika ini cukup untuk meletakkan Korea Selatan ‘dalam radar’.

Penganalisis berpandangan, tindakan itu dilihat mahu mencetuskan tekanan kepada Washington dan tidak menolak kemungkinan ketegangan di Semenanjung Korea boleh meruncing semula bermula tahun ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya