Koleksi gambar Puteri Diana lancar HMS Cornwall bakal dilelong  - Utusan Malaysia

Koleksi gambar Puteri Diana lancar HMS Cornwall bakal dilelong 

KOLEKSI gambar Puteri Diana yang akan dilelongkan. - CHARLES MILLER 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Beberapa gambar bersejarah yang jarang dilihat memaparkan foto Puteri Diana yang dirakam pada tahun 1985, ditemukan di sebuah kedai buku di East Sussex, Tenggara England.

Lapor Daily Mail, gambar berkenaan yang ditemukan di Lewes, antara lain menampilkan mendiang Puteri Wales itu sedang melancarkan kapal HMS Cornwall dalam satu majlis diadakan.

Koleksi gambar bersejarah itu akan dipaparkan di acara lelongan Charles Miller pada tahun ini.

Gambar puteri kesayangan rakyat itu dijangka dijual antara 500 hingga 800 pound (RM2,650 hingga RM4,240) dalam acara lelongan tersebut.

Difahamkan, gambar itu menunjukkan Puteri Diana tersenyum ketika bersalaman dengan anggota tentera laut di Glasgow.

Sebahagian besar koleksi gambar tersebut tidak diterbitkan kerana album itu dihasilkan secara peribadi untuk Yarrow Shipbuilders Ltd, dan diberikan kepada pengarah sebagai kenangan.

Dalam gambar itu, Puteri Diana kelihatan anggun mengenakan blazer berwarna hitam putih di atas baju berjalur.

Acara lelongan bertajuk Maritime and Scientific Models, Instruments & Art akan diadakan pada 25 April depan.

Ia bakal berlaku ditengah-tengah kontroversi timbul susulan pendedahan sebuah buku yang ditulis Putera Harry mengenai kepincangan dalam keluarga diraja Britain.

Buku berjudul Spare itu mendapat perhatian di seluruh dunia selepas Duke of Sussex itu membongkar kisah mengenai ayahandanya, Raja Charles III, bonda tirinya, Camilla dan hubungan tegang bersama abangnya, Putera William.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya