Kim Kardashian beli loket dipakai Puteri Diana  - Utusan Malaysia

Kim Kardashian beli loket dipakai Puteri Diana 

KIM KARDASHIAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Selebriti terkenal Hollywood, Kim Kardashian membeli sebuah loket yang pernah dipakai oleh Puteri Diana, dalam satu acara lelongan diadakan di London, baru-baru ini.

Menurut agensi lelongan Sotheby’s, loket Salib Attallah yang bertatah kecubung (amethyst) dan berlian itu pernah dipakai oleh mendiang Puteri Wales semasa menghadiri beberapa majlis amal pada tahun 1987.

Jelasnya, loket yang dihasilkan oleh syarikat berlian terkemuka dunia, Garrard & Co. pada 1920an, dijual pada harga AS$202,300 (RM873,423) dalam acara lelongan Royal and Noble.

Loket itu berjaya dijual pada harga lebih dua kali ganda berbanding anggaran minimum sebelum lelongan.  

Jurucakap Sotheby’s, Kristian Spofforth mengesahkan loket itu dibeli oleh wakil dari pihak Kardashian.

“Barang kemas yang dimiliki atau dipakai oleh mendiang mendiang Puteri Diana sangat jarang muncul di pasaran terutamanya loket Salib Attallah yang berwarna-warni dan mempunyai nilai tersendiri.

“Loket luar biasa ini adalah simbolik keyakinan diri puteri dalam pemilihan pakaian dan perhiasannya pada tempoh itu dalam kehidupannya,” katanya.

Loket itu bukan merupakan barang antik fesyen yang pertama dibeli oleh Kardashian.

Tahun lalu, Kardashian mencuri tumpuan selepas menghadiri acara Met Gala apabila tampil dengan gaun milik legenda mendiang Marilyn Monroe.

Gaun ikonik terbabit dipakai Monroe sewaktu menyanyikan lagu hari jadi buat bekas Presiden Amerika Syarikat, John F Kennedy pada tahun 1962. – AFP   

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya