Kapal karam di Jepun: 8 maut termasuk enam warga China - Utusan Malaysia

Kapal karam di Jepun: 8 maut termasuk enam warga China

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BEIJING: Seramai lapan orang termasuk enam warga China maut apabila sebuah kapal dinaiki mereka, karam di perairan pantai Jepun.

Menurut diplomat China, kapal Jin Tian menghantar isyarat kecemasan dari kedudukan kira-kira 110 kilometer (km) di barat Kepulauan Danjo di barat daya Jepun.

Sejumlah kapal dan pesawat dari pengawal pantai dan tentera Jepun serta Korea Selatan terlibat dalam operasi mencari dan menyelamat (SAR) 13 kru yang berada dalam kapal Jin Tian.

Konsul Jeneral China di Fukuoka, Lu Guijun berkata, seramai 13 orang berjaya ditemukan.

Bagaimanapun, beliau mengesahkan daripada jumlah itu, lapan orang ditemukan meninggal dunia.

“Lima orang termasuk empat anak kapal warga China hanya mengalami kecederaan yang tidak mengancam nyawa.

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang maut dan cedera dalam kejadian itu,” katanya.

Sementara itu, pihak berkuasa Jepun masih belum mengesahkan angka kematian dan kecederaan mangsa yang dikemukakan oleh kedutaan China.

Katanya, setakat ini, sembilan orang masih hilang dan dua dilaporkan maut. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya