Jururawat dikompaun parkir di hospital ketika Covid-19 - Utusan Malaysia

Jururawat dikompaun parkir di hospital ketika Covid-19

MALCOLM Timmis dikompaun selepas parkir keretanya di Hospital Universiti Diraja Stoke pada Februari dan Mac tahun lalu. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang pembantu jururawat dikenakan kompaun berjumlah 396 Pound (RM2,079) kerana parkir keretanya di sebuah tempat letak kenderaan di kawasan hospital ketika sedang bertugas di wad Covid-19.

Lapor Mirror, Malcolm Timmis dari Burslem di Stoke-on-Trent kini dikejar oleh bailiff mahkamah selepas enggan membayar tiga kompaun parkir itu.

Kompaun tersebut dikeluarkan selepas Timmis parkir keretanya di Hospital Universiti Diraja Stoke pada Februari dan Mac tahun lalu.

Menurut Timmis, ketika itu, caj tempat letak kenderaan di hospital masih diketepikan disebabkan pandemik Covid-19.

Malah, katanya, meter di kawasan parkir juga tertutup pada waktu itu.     

“Pada masa itu, kami tidak mempunyai pelawat dan meter parkir di kawasan itu juga tertutup.

“Kami tidak dapat memasukkan wang walaupun kami mahu berbuat demikian.

“Hampir dua setengah tahun, saya letak kereta di kawasan itu tanpa pernah didenda, kini saya mempunyai tiga kompaun bernilai 132 Pound (RM693) setiap satu,” katanya. 

Sementara itu, jurucakap operator parkir APCOA menyatakan ketiga-tiga kompaun tersebut dikeluarkan secara betul.

Dia mendakwa meter parkir di tempat letak kenderaan juga masih berfungsi pada waktu itu.

“Ketika itu, orang ramai masih boleh memilih untuk menggunakan aplikasi bagi melakukan bayaran.

“Timmis tidak melakukan bayaran mahupun membuat rayuan berhubung notis kompaun (PCN). Jadi, ia telah dibawa ke jabatan tuntutan hutang berdasarkan garis panduan Persatuan Tempat Letak Kereta Britain,” katanya.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya