Jualan kereta baharu di Britain merosot - Utusan Malaysia

Jualan kereta baharu di Britain merosot

SYARIKAT pengeluar kereta asing hanya berjaya menjual sebanyak 1.61 juta kenderaan pada 2022. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Satu data baharu menunjukkan jualan kereta baharu di Britain pada 2022 merosot ke paras terendah dalam tempoh tiga dekad.

Situasi itu dibelenggu kekurangan alat ganti automotif dan masalah rantaian bekalan disebabkan pandemik Covid-19.

Berdasarkan data dikeluarkan oleh Persatuan Pengilang dan Peniaga Motor (SMMT), syarikat pengeluar kereta asing milik negara hanya berjaya menjual keseluruhan 1.61 juta kenderaan.

Jumlah itu menunjukkan penurunan sebanyak dua peratus berbanding jualan direkodkan pada 2021 berikutan permintaan terjejas akibat pandemik Covid-19 dan kekurangan semikonduktor.

“Meskipun adanya permintaan, isu kekurangan alat ganti global berkaitan pandemik menyebabkan bilangan pendaftaran kenderaan untuk tahun ini menurun,” jelas SMMT dalam satu kenyataan.

Dilaporkan, jumlah pendaftaran kereta baharu pula mencatatkan satu perempat kurang daripada angka direkodkan pada 2019, sebelum meletusnya krisis koronavirus.

Bagaimanapun, Britain berjaya merampas semula kedudukannya sebagai pasaran kedua terbesar Eropah selepas dipintas oleh Perancis sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Sementara itu, Ketua Eksekutif SMMT, Mike Hawes meramalkan peningkatan sebanyak 15 peratus dalam jualan kereta baharu bagi tahun ini.

“Pasaran automotif masih ketinggalan daripada prestasi pra-pandemik tetapi masih boleh mengatasi aliran ekonomi yang lebih luas dengan menyampaikan pertumbuhan yang ketara pada 2023.

“Ketika ini, rantaian bekalan mula stabil dan walaupun masalah kekurangan semikonduktor dijangka menurun, bekalan yang tidak menentu mungkin akan memberi kesan kepada pengeluaran sepanjang 2023,” katanya. – AFP     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya