Jepun bakal turunkan kategori Covid-19 kepada selsema bermusim - Utusan Malaysia

Jepun bakal turunkan kategori Covid-19 kepada selsema bermusim

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Perdana Menteri Jepun, Fumio Kishida mengumumkan negara itu akan mempertimbangkan untuk menyemak semula langkah-langkah berkenaan Covid-19 seawal musim bunga ini dan mengklasifikasikan penyakit itu kepada kategori kurang serius selain berhasrat melonggarkan arahan pemakaian pelitup muka di tempat awam.

Bercakap kepada media selepas mengadakan pertemuan dengan beberapa menterinya, Kishida berkata, beliau telah mengarahkan mereka untuk mempertimbangkan keperluan khusus bagi pengelasan semula yang akan meletakkan Covid-19 dalam kategori sama dengan selesema bermusim.

“Ketika kami cuba mengembalikan gaya hidup normal rakyat Jepun, kami ingin mengubah pelbagai perkara langkah demi langkah,” kata Kishida kepada pemberita.

Penurunan taraf klasifikasi Covid-19 kepada kategori lima berbanding kategori dua sekarang akan menamatkan keperluan kuarantin untuk individu yang dijangkiti dan kenalan rapat mereka.

Dalam langkah berasingan yang disebutkan oleh Kishida, kerajaan juga akan hanya menasihatkan pesakit yang mempunyai simptom untuk memakai pelitup muka di tempat awam tertutup dan tidaklagi menggesa semua rakyatnya untuk berbuat demikian.

Jepun kali terakhir menyemak langkah-langkah melibatkan Covid-19 pada bulan Mei dan kemudian memaklumkan orang ramai tidak lagi perlu memakai pelitup muka apabila berada di luar selagi jarak sosial yang sesuai dikekalkan.

Walaupun begitu, sebahagian besar rakyat Jepun masih memakai pelitup muka di tempat terbuka dan di dalam bangunan.-REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya