Israel bunuh lelaki Palestin di Tebing Barat - Utusan Malaysia

Israel bunuh lelaki Palestin di Tebing Barat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Pasukan keselamatan Israel membunuh seorang penduduk Palestin berhampiran sebuah penempatan di kawasan Tebing Barat yang dijajah rejim zionis itu.

Tentera Israel mendakwa penduduk Palestin yang dibunuh itu memiliki senjata.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, Karam Ali Ahmad Salman, 18, maut ditembak pasukan keselamatan Israel berhampiran penempatan Kedumim.

Jelas kementerian itu, penempatan Kedumim dibina atas tanah milik persendirian rakyat Palestin.

Sementara itu, tentera Israel mengesahkan pasukan keselamatan awam menembak seorang individu yang memiliki pistol berhampiran penempatan di utara Tebing Barat.

Penjajahan Israel di Tebing Barat bermula pada 7 Jun 1967 semasa Perang Enam Hari apabila Israel menduduki Tebing Barat, termasuk Baitulmuqaddis Timur dan berterusan hingga ke hari ini.

Karam Ali merupakan antara 32 penduduk Palestin yang terbunuh di Tebing Barat pada bulan ini. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya