Guru saman sekolah kerana tidak peduli amaran pistol

Guru saman sekolah kerana tidak peduli amaran pistol

GURU Sekolah Rendah Richneck di Newport News mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak pentadbir sekolahnya yang didakwa cuai dan tidak mengambil peduli aduan dan amaran yang dikemukakan.-AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WASHINGTON: Seorang guru sekolah rendah di Amerika Syarikat yang ditembak pelajar berusia enam tahun bercadang memfailkan tuntutan saman terhadap pihak pentadbiran sekolahnya kerana mendakwa mereka tidak mengendahkan pelbagai amaran berhubung ancaman itu.

Peguam, Diane Toscano berkata, pentadbir di Sekolah Rendah Richneck di Newport News, Virginia diberi amaran tiga kali pada 6 Januari lalu oleh anak guamnya, Abigail Zwerner dan guru-guru lain bahawa budak lelaki tersebut memegang pistol dan mengancam orang lain.

Menurut Toscano, dalam kejadian itu, Zwerner terselamat dari tembakan itu, tetapi mengalami cedera parah.

Pada pagi kejadian, katanya, Zwerner, 25, ada memberitahu pentadbir sekolah bahawa budak lelaki itu yang tidak didedahkan identitinya mengancam untuk memukul seorang lagi kanak-kanak.

“Tetapi pentadbiran sekolah tidak mengambil peduli,” katanya.

Sejam kemudian, jelas Toscano, seorang guru lain memberitahu bahawa kanak-kanak lelaki itu kelihatan membawa pistol ke sekolah, tetapi, dia tidak melihatnya di dalam beg sekolahnya, namun, mungkin di dalam poketnya.

Seorang guru lain kemudian melaporkan bahawa terdapat seorang pelajar lain sambil menangis mengadu kepadanya bahawa dia melihat pistol itu dan diugut dengannya.

Pada waktu itu, masih tiada tindakan diambil dan pekerja sekolah dinafikan kebenaran untuk menggeledah kanak-kanak itu secara fizikal.

Dalam pada itu, seorang pentadbir berkata, kanak-kanak lelaki itu mempunyai poket kecil dan isu itu boleh dibiarkan sehingga hari persekolahan tamat.

“Secara tragis berlaku hampir sejam kemudian, keganasan berlaku di Sekolah Rendah Richneck. Abby Zwerner ditembak di hadapan kanak-kanak yang ketakutan itu.

“Tragedi ini boleh dielakkan sepenuhnya jika pentadbir sekolah yang bertanggungjawab terhadap keselamatan sekolah menjalankan tanggungjawab mereka dan mengambil tindakan apabila mereka mengetahui tentang bahaya yang akan berlaku,” kata Toscano.

Zwerner terselamat terkena tembakan di dada dan kini pulih setelah cuti berehat di rumah, tetapi berdepan dengan lebih banyak pembedahan.-AFP

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya