Gempa bumi di Iran: Tiga maut, 816 cedera - Utusan Malaysia

Gempa bumi di Iran: Tiga maut, 816 cedera

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Sekurang-kurangnya tiga orang maut manakala 816 cedera akibat gempa bumi berukuran 5.9 magnitud melanda wilayah barat laut Iran berhampiran sempadan dengan Turkiye.

Menurut Pusat Seismologi Universiti Teheran, gempa bumi pada kedalaman tujuh meter itu melanda bandar Khoy di wilayah Azerbaijan Barat sekitar pukul 9.44 malam (waktu tempatan).

Agensi berita IRNA melaporkan Gabenor Azerbaijan Barat, Mohammad Sadegh Motamedian mengesahkan jumlah kematian dan kecederaan mangsa bencana itu.

Sebelum ini, Mohammad Sadegh memaklumkan dua orang maut dan 580 cedera dalam gempa bumi tersebut.

Susulan itu, Menteri Dalam Negeri Iran, Ahmad Vahidi melawat lokasi kejadian di bandar Khoy untuk memantau situasi tersebut.

Iran berada di atas sempadan beberapa plat tektonik utama dan lebih kerap mengalami aktiviti seismik.

Pada 18 Januari lalu, gempa bumi berukuran 5.8 magnitud yang melanda berhampiran Khoy mengakibatkan ratusan penduduk mengalami kecederaan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.