Empat mayat ditemukan dalam banjir Auckland

Empat mayat ditemukan dalam banjir Auckland

SEBAHAGIAN bandar Auckland turut terjejas banjir sejak Jumaat lalu.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

WELLINGTON: Polis New Zealand melaporkan mayat keempat ditemukan selepas hujan lebat dan banjir melanda Auckland.

Bandar terbesar di negara itu menyaksikan 249 milimeter (mm) hujan sejak Jumaat lalu, memecahkan rekod sebelumnya 161 mm dalam tempoh 24 jam dan 1.6 juta penduduk Auckland kekal berada dalam keadaan kecemasan.

Dua mayat ditemukan dalam banjir di lokasi berasingan malam Jumaat di pinggir utara Lembah Wairau dan mayat ketiga ditemukan kelmarin selepas tanah runtuh merobohkan sebuah rumah di tengah Auckland.

Hari ini, seorang pengendali dron menemukan mayat seorang lelaki kira-kira satu kilometer dari tempat dia dihanyutkan Jumaat di Onewhero, selatan Auckland.

Timbalan Perdana Menteri New Zealand, Carmel Sepuloni dalam sidang akhbar di bandar itu menyifatkan situasi itu menjadi pengalaman traumatik bagi semua orang di Auckland.

“Bahagian yang paling mengerikan ialah kami kehilangan nyawa… kami mengucapkan takziah dan merasai kesedihan dengan keluarga yang terlibat,” tambahnya.

Menurut Menteri Pengangkutan, Michael Wood, kemuncak banjir berlaku pada Jumaat dan kira-kira 24,000 rumah terputus bekalan elektrik.

Beliau berkata, sehingga semalam, kira-kira 3,000 rumah masih terputus bekalan elektrik dan beberapa rumah terputus air, termasuk rumahnya.

Wood menambah bahawa syarikat yang terlibat sedang berusaha untuk memulihkan elektrik dan air.

Hujan lebat pada hari Jumaat turut membanjiri terminal lapangan terbang Auckland yang terpaksa ditutup sebelum penerbangan antarabangsa boleh disambung semula semalam.

Penyanyi, Elton John terpaksa membatalkan konsertnya di Auckland pada Jumaat dan Sabtu lalu demi keselamatan orang ramai.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.