Dua penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Dua penduduk Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Dua penduduk Palestin dibunuh oleh tentera Israel ketika melakukan serbuan di Tebing Barat yang diduduki rejim zionis.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, kedua-dua mangsa maut ditembak tentera Israel semasa serangan ke atas penduduk di kampung Jaba, selatan Jenin di utara Tebing Barat.

Setakat ini, tiada butiran lanjut diberikan mengenai kes kematian penduduk berkenaan.

Kementerian Kesihatan menyatakan dua lelaki terbunuh masing-masing dikenal pasti sebagai Ezzedine Bassem Hamamra berusia 24 tahun dan Amjad Adnan Khaliliya, 23.

Tambah kementerian, penduduk Palestin ketiga, Yazen Samer Jaabari, 19, meninggal dunia akibat cedera parah selepas ditembak tentera Israel pada awal bulan ini.

Memetik laporan agensi berita Wafa, mangsa cedera semasa tentera Israel melakukan operasi di perkampungan Kafr Dan berhampiran Jenin pada 2 Januari lalu.

Sementara itu, tentera Israel memaklumkan pihaknya melancarkan `operasi menentang keganasan’ berhampiran kampung itu.

Jelasnya, suspek melepaskan tembakan ke arah pasukan mereka dari sebuah kenderaan yang melalui kawasan itu semasa operasi tersebut.

“Pasukan bertindak membalas tembakan dan terkena suspek. Bagaimanapun, tiada anggota tentera Israel yang mengalami kecederaan,” jelasnya dalam satu kenyataan. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.