Curi RM4.7 juta dari Majlis Perbandaran Birmingham - Utusan Malaysia

Curi RM4.7 juta dari Majlis Perbandaran Birmingham

TYLER EVANS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BIRMINGHAM: Seorang lelaki didakwa mencuri lebih 900,000 pound (RM4.7 juta) daripada Majlis Perbandaran Birmingham sebelum melarikan diri ke Amerika Syarikat (AS) untuk menjadi ahli psikik.

Lapor Mirror UK, Tyler Evans,42, melakukan penipuan terancang yang cukup licik itu dalam tempoh tiga tahun dari 2010 hingga 2013.

Evan dilaporkan menyertai majlis itu pada tahun 2005 dan bertugas di pelbagai jabatan sebelum menyertai pasukan lebuh raya sebagai pegawai penglibatan pelanggan pada tahun 2010.

Dia diberi tanggungjawab menguruskan pemulangan wang deposit yang dibayar kepada kontraktor setelah kerja disiapkan namun dalam tempoh tersebut, Evan menyerahkan 35 borang palsu kepada pengurusnya, menyebabkan pembayaran dibenarkan ke dalam 10 akaun bank berasingan.

Wang itu kemudian dimasukkan ke dalam akaun atas nama Evans sendiri, akaun perniagaannya yang dipanggil Paranormal Activities serta beberapa akaun rakannya yang  lain.

Pendakwa Raya, Raj Punia yang melakukan pendakwaan di Mahkamah Birmingham berkata, Evans membuat pelbagai transaksi dengan wang yang dipindahkan untuk menyukarkan sumber asal dikesan.

“Akibat penipuan defendan, seorang pengurus digantung kerja sementara menunggu siasatan tetapi kemudiannya dibebaskan,” jelasnya

Peguambela, Robert Tolhurst berkata, Evans mengalami ketagihan judi dan telah kehilangan sebahagian besar wang yang diterimanya di kasino.

Selepas dipecat daripada pekerjaannya, lelaki itu lari ke AS pada 2015 untuk membina hidup baharu sebagai psikik peristiwa paranormal.

Menurut Punia, Evans telah diekstradisi dari AS pada Disember tahun lalu dan lelaki yang tidak mempunyai alamat tetap itu dipenjara empat tahun lapan bulan selepas mengaku melalukan penipuan, menyalahgunakan kedudukan serta dan pengubahan wang haram.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.