Bunga api meletup, tangan timbalan ketua daerah hampir putus - Utusan Malaysia

Bunga api meletup, tangan timbalan ketua daerah hampir putus

HERLIAN Muchrim mendapatkan rawatan di sebuah hospital selepas tangannya cedera parah semasa ingin menyalakan bunga api sempena sambutan Tahun Baharu 2023 di Bengkulu. - AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BENGKULU: Timbalan Ketua Daerah Kaur di wilayah Bengkulu, mengalami kecederaan parah pada bahagian tangannya akibat terkena bunga api yang meletup ketika meraikan sambutan Tahun Baharu 2023, kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika Herlian Muchrim ingin membakar bunga api tersebut sebagai simbolik masuknya tahun baharu.

Bunga api itu tiba-tiba meletup sehingga mengenai tangan Herlian dan akibatnya, dia mengalami kecederaan parah.

Pejabat Ketua Daerah Kaur memaklumkan, Herlian kemudiannya dikejarkan ke hospital bagi mendapatkan rawatan segera.

Kompas.com melaporkan, Herlian perlu menjalani pembedahan bagi membetulkan struktur tangannya yang dikatakan hampir putus akibat letupan bunga api berkenaan.

Jurucakap pejabat ketua daerah, M. Jarnawi berkata, keadaan Herlian stabil dan meminta semua masyarakat mendoakan kesejahteraan beliau.

“Kita doakan semoga pembedahan Herlian berjalan lancar dan cepat sembuh,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya