British Airways perkenal jumpsuit, tunik pakaian seragam baharu - Utusan Malaysia

British Airways perkenal jumpsuit, tunik pakaian seragam baharu

PAKAIAN seragam itu menampilkan jumpsuit moden untuk kru kabin wanita. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Syarikat penerbangan, British Airways buat pertama kali memperkenalkan koleksi pakaian seragam baharu untuk kakitangannya dalam tempoh hampir 20 tahun.

Lapor Daily Mail, pakaian seragam yang disifatkan sebagai airline first dan bakal membawa syarikat penerbangan ke peringkat seterusnya, direka oleh pereka fesyen Britain, Ozwald Boateng.

Pakaian seragam yang akan dilancarkan pada musim bunga, menampilkan jumpsuit moden untuk kru kabin wanita.

Koleksi itu turut menampilkan pilihan pakaian gaun, skirt dan seluar untuk kakitangan wanita.

Pakaian seragam itu turut menyediakan alternatif buat kru kabin lelaki yang boleh memilih sut tiga helai dipadankan bersama seluar gaya slim fit atau biasa.

Selain itu, syarikat penerbangan itu juga menawarkan pakaian seragam pilihan tunik dan tudung bagi kru kabin wanita yang beragama Islam.  

Menurut British Airways, Boateng sangat berhati-hati ketika menghasilkan koleksi pakaian seragam itu, dengan mendapatkan inspirasi daripada syarikat penerbangan dan kakitangannya. 

Jelas syarikat itu, corak gelombang udara pada koleksi pakaian seragam termasuk jaket, kemeja dan butang diilhamkan oleh pergerakan udara di atas sayap pesawat.

British Airways memaklumkan lebih 1,500 kakitangan di seluruh syarikat penerbangan mengambil bahagian dalam 50 bengkel untuk membantu memastikan kesesuaian pakaian, daripada bengkel reka bentuk kepada maklum balas prototaip dan percubaan pakaian.

Menurut syarikat itu, bengkel tersebut turut membantu mencipta koleksi ikonik yang akan bertahan dalam jangka masa panjang.

Tambahnya, kira-kira 90 peratus koleksi pakaian seragam itu merupakan  campuran fabrik yang diperbuat daripada polyester kitar semula.  

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya