Beberapa letupan gegar bandar Kyiv - Utusan Malaysia

Beberapa letupan gegar bandar Kyiv

KEPULAN asap kelihatan di bandar Kyiv selepas Russia melancarkan serangan peluru berpandu pada Oktober tahun lalu. - AFP
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Beberapa letupan menggegarkan ibu negara Ukraine pada pagi tadi ketika pegawai tempatan melaporkan serangan dilancarkan ke atas sebuah kemudahan penting di bandar tersebut.

Timbalan Ketua Presiden Kyrylo Tymoshenko menerusi Telegram mengesahkan serangan peluru berpandu dilancarkan ke atas kemudahan penting di Kyiv.

Menurut pihak pentadbiran di bandar itu, sebuah kemudahan terjejas dalam serangan tersebut.

Datuk Bandar Kyiv, Vitali Klitschko berkata, beberapa letupan berlaku di daerah Dniprovskiy dan menggesa penduduk kekal berada di rumah atau mencari lokasi yang selamat untuk berlindung.

Klitschko berkata, serpihan sebuah peluru berpandu terjatuh di daerah Goloseevsky tanpa menyebabkan kemalangan jiwa.

Sejak Oktober lalu selepas siri kekalahan pasukan tentera Russia di Ukraine, Moscow mengubah taktik dan menyasarkan serangan ke atas kemudahan penting secara sistematik.

Syarikat tenaga berlumba-lumba untuk membaiki grid kuasa apabila musim sejuk melanda negara itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya