Bas guna kerusi pesawat terpakai - Utusan Malaysia

Bas guna kerusi pesawat terpakai

BAS PO Raya mempunyai tempat duduk istimewa menggunakan kerusi pesawat terpakai.-AGENSI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Syarikat perkhidmatan bas PO Raya mempunyai ciri tersendiri menambat pelanggan sejak mula beroperasi kerana menggunakan tempat duduk istimewa yang diambil daripada kerusi kapal terbang terpakai.

Bukan sahaja di kelas pertama, malah pengalaman duduk di kerusi itu sudah boleh dirasai dari kelas biasa. 

Lapor Kompas.com, sebanyak 34 tempat duduk bekas pesawat dan dua tempat duduk tambahan disediakan di setiap bas.

Kerusi unik itu disusun dua buah di bahagian kanan dan dua lagi di kiri serta dilengkapi dengan tempat letak tangan.

Uniknya, tempat letak tangan di bangku juga berada di tengah, sama seperti yang ada di dalam kapal terbang. 

“Selain itu, butang sandaran juga terdapat pada tempat letak tangan serta lubang untuk fon telinga. 

“Walaupun lubang fon telinga tidak boleh digunakan kerana tidak disambungkan pada sistem hiburan seperti di dalam kapal terbang, tetapi jelas menunjukkan bangku itu sebenarnya diambil dari pesawat,” jelas wartawan yang menaiki bas berkenaan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya