Bapa pasrah anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286 - Utusan Malaysia

Bapa pasrah anak goreng ikan arowana bernilai RM4,286

NIZAM Nababan pasrah dengan kehilangan ikan peliharaannya yang bernilai 15 juta rupiah (RM4,286). - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Seorang lelaki di Sumatera Utara pasrah dengan kehilangan ikan arowana peliharaannya yang bernilai kira-kira 15 juta rupiah (RM4,286).

Ikan kesayangan jenis super red short model yang dimiliki Nizam Nababan bukan dicuri sebaliknya digoreng oleh anak-anaknya. 

Lapor Kompas.com, kisah itu bermula apabila Nizam mendapati ikan arowana tiada dalam akuarium yang turut dipenuhi dengan ikan peliharaan lain.

Nizam kemudian mencari ikan arowana hilang itu dengan menyangka ia sudah `melompat’ keluar dari akuarium.  

“Ketika itu, saya berada di tingkat atas sedang memasang peralatan gim, apabila turun ke bawah, saya mendapati akuarium itu kosong.

“Saya memberitahu isteri dengan menyangka ikan arowana sudah melompat keluar dari balang tanpa mengetahui ke mana hilangnya.

“Tidak lama kemudian, dua anak saya yang masih bersekolah datang membawa sepinggan ikan goreng,” katanya.

Menurut Nizam, dia terkejut setelah mendapati ikan goreng itu sebenarnya merupakan ikan arowana yang hilang itu.

“Saya berasa amat marah namun selepas fikirkan mereka sering makan ikan dimasak, sudah tentu mereka tidak dapat membezakan antara ikan peliharaan dan yang dibeli,” katanya.     

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya