ASEAN masih relevan di tengah-tengah krisis - Jokowi - Utusan Malaysia

ASEAN masih relevan di tengah-tengah krisis – Jokowi

JOKOWI menyampaikan ucapan di majlis pelancaran Kick Off ASEAN Indonesia 2023 di Hotel Indonesia Roundabout di Jakarta. - AGENSI 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JAKARTA: Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) menegaskan ASEAN masih mempunyai peranan penting di rantau dan dunia di tengah-tengah situasi semasa dilanda pelbagai krisis.

Perkara itu disampaikan oleh Jokowi ketika berucap di majlis pelancaran Kick Off ASEAN Indonesia 2023 di sebuah hotel di Jakarta.

“Saya mengakui ketika ini, dunia dilanda pelbagai isu seperti krisis ekonomi, tenaga, makanan serta konflik juga sedang berlaku.

“Namun, saya percaya ASEAN masih penting dan relevan untuk rakyat, rantau dan dunia ini,” katanya sepertimana dilaporkan Kompas.com.

Jokowi juga berharap agar ASEAN akan terus menyumbang kepada keamanan dan kestabilan di wilayah Indo-Pasifik.   

“Kami harap ASEAN akan terus berupaya mengekalkan pertumbuhan ekonomi dan Asian Matters, pusat pertumbuhan,” katanya.

Majlis itu turut dihadiri oleh beberapa pemimpin Indonesia termasuk Menteri Luar, Retno Marsudi, Menteri Kerja Raya dan Perumahan, Basuki Hadimuljono dan Menteri Penyelaras Hal Ehwal Politik, Undang-Undang dan Keselamatan, Mahfud MD.      

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya