Wanita jadi gelandangan, rumah diserang tikus - Utusan Malaysia

Wanita jadi gelandangan, rumah diserang tikus

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seorang wanita muda terpaksa tinggal di dalam kontena barangan selama lebih enam bulan selepas kediamannya diserang tikus.

Tia Henderson, 20, terpaksa tidur di dalam kontena dan kadang kala di dalam kereta rakannya selepas puluhan tikus ‘mengambil alih’ tempat tinggalnya.

Tia, yang berada dalam jagaan rumah kebajikan sehingga berumur 18 tahun, telah menghabiskan dua tahun lalu tinggal di sebuah flat di tingkat bawah di Oldham bersama anjingnya.

Tia sangat gembira dan selesa tinggal di flat tersebut, sehingga dia mula mendengar bunyi bising di dindingnya semasa musim panas.

Bunyi cakaran di dinding dan cicipan tikus semakin kuat setiap hari sehingga Tia menyangka dia mengalami masalah mental.

“Saya tidak mempunyai sebarang masalah tinggal di rumah saya sehingga Jun lalu apabila saya mendengar cakaran di dinding. Saya sangkakan saya sudah ‘gila’. Pada suatu petang saya sedang duduk menonton tv di ruang tamu bersama anjing saya apabila mendengar bunyi tikus di bahagian dapur.

“Tikus itu berlari di atas permaidani dapur saya dan menghampiri kaki saya. Saya berasa geli kerana flat saya bersih dan kemas jadi saya tidak tahu dari mana mereka datang,” katanya.

Tia segera menghubungi khidmat kawalan haiwan perosak, yang kemudian memaklumkan kepadanya kemungkinan terdapat ‘serangan besar’ tikus di kediaman itu.

“Khidmat kawalan perosak meletakkan racun dan apabila mereka datang semula untuk menyemaknya seminggu kemudian, racun itu sudah hilang. Saya diberitahu mesti ada serangan besar kerana racun dimakan secepat itu,” jelasnya.

Wanita itu turut membuat rakaman video semasa melawat kediamannya baru-baru ini dan mengambil gambar beberapa ekor tikus mati di dalam rumah itu.

Tia mendakwa apabila menghubungi pihak majlis perbandaran untuk mencari penginapan sementara, dia ditawarkan beberapa pilihan tetapi lokasi berkenaan enggan menerima haiwan peliharaan tinggal bersama.

Hampir enam bulan berlalu, isu itu masih belum selesai dan Tia merasa sangat kecewa kerana kini dia diklasifikasikan sebagai gelandangan kerana tidak mempunyai tempat tinggal.

Kerana tiada pilihan, dia akhirnya terpaksa berpindah ke dalam kontena barangan di pusat haiwan tempat dia menjadi sukarelawan.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya