Ular 'tumpang' naik kereta api di London - Utusan Malaysia

Ular ‘tumpang’ naik kereta api di London

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LONDON: Seekor ular sepanjang 1.3 meter ditemui di dalam sebuah kereta api penumpang yang mengelilingi tenggara England baru-baru.

Reptilia itu dilaporkan bersembunyi di bawah kerusi penumpang lebih seminggu sebelum ditemui kakitangan kereta api.

Haiwan itu dikesan melingkar di sepanjang gerabak kereta api Southern Rail oleh kakitangan di Depoh Kereta Api Selhurst di Croydon, selatan London, minggu lalu.

Perkhidmatan itu telah melakukan perjalanan antara London, Kent dan Sussex selama berminggu-minggu sehingga ‘penumpang’ yang tidak dijangka itu ditemui.

Pegawai Polis Pengangkutan Britain menerima laporan daripada kakitangan kereta api selepas mereka berjaya menangkap dan memasukkan haiwan berdarah panas itu ke dalam beg.

Ular itu menyebabkan kekecohan di depoh dengan ramai kakitangan kereta api dilaporkan menjerit ketakutan dan bersembunyi untuk berlindung semasa misi menyelamat.

Haiwan berbisa itu mungkin keluar dari kontena milik penumpang kereta api atau menyusup masuk dari luar untuk menghindar cuaca sejuk yang melanda negara itu.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.