ULAMA gesa Taliban tarik balik larangan pendidikan untuk wanita - Utusan Malaysia

ULAMA gesa Taliban tarik balik larangan pendidikan untuk wanita

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RIYADH: Badan agama tertinggi Arab Saudi, Majlis Ulama Kanan (ULAMA) menggesa kerajaan Taliban Afghanistan membenarkan wanita di negara itu diberikan hak untuk belajar di institusi pendidikan.

Gesaan itu sekali gus mahu pentadbiran Taliban membatalkan keputusan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan dari semua peringkat.

Lapor Saudi Gazette, ULAMA menyatakan, tindakan menghalang wanita daripada mendapatkan pendidikan bertentangan dengan syarak.

Majlis itu turut menegaskan Islam memelihara dan menjelaskan hak dan kewajipan setiap manusia, lelaki dan wanita.

Badan itu menyatakan Islam, dengan ketetapan dan perundangannya, memelihara hak undang-undang wanita dan membolehkan mereka menikmatinya di bawah agama yang benar dalam hak mereka yang memelihara kemanusiaan dan maruah, kepemimpinan dan kemakmuran golongan itu.

ULAMA turut menyatakan hak yang dipelihara oleh Islam untuk wanita adalah hak untuk pendidikan sebagaimana undang-undang menggesa dan menggalakkan pendidikan sama rata untuk lelaki dan wanita.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya