Tidak patuhi etika pakaian, Taliban sekat pekerja wanita sertai NGO - Utusan Malaysia

Tidak patuhi etika pakaian, Taliban sekat pekerja wanita sertai NGO

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KABUL: Taliban mengarahkan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) tempatan dan asing menggantung perkhidmatan pekerja wanita dalam tindakan keras terbaharu terhadap kebebasan golongan itu.

Dalam satu surat disahkan jurucakap Kementerian Ekonomi, Abdulrahman Habib, pekerja wanita tidak dibenarkan bekerja sehingga diberitahu kelak, disebabkan ada yang tidak mematuhi tafsiran pentadbiran mengenai kod pakaian Islam untuk wanita.

Arahan itu dikeluarkan beberapa hari selepas pentadbiran yang dikendalikan Taliban mengarahkan universiti untuk menolak pelajar wanita, sekali gus mengakibatkan kecaman global yang kuat dan mencetuskan beberapa protes dan kritikan hebat di Afghanistan.

Ramiz Alakbarov, timbalan wakil khas Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk Afghanistan yang juga penyelaras kemanusiaan, berkata, beliau sangat bimbang dengan arahan surat itu, yang dilihat sebagai pelanggaran jelas prinsip kemanusiaan.

Agensi Charge D’Affaires for Norway, yang membiayai bantuan di Afghanistan dan terbabit dalam rundingan antara Taliban dan anggota masyarakat sivil pada Januari lalu turut mengecam tindakan itu.

“Larangan terhadap pekerja wanita dalam NGO mesti dibatalkan serta-merta.

“Selain menjadi tamparan kepada hak wanita, langkah ini akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan dan meletakkan rakyat Afghanistan di tahap paling terdedah,” kata Paul Klouman Bekken di Twitter.

Bagaimanapun, setakat ini masih tidak jelas bagaimana perintah itu akan menjejaskan agensi PBB, yang mempunyai bilangan kakitangan yang besar di Afghanistan untuk menyampaikan perkhidmatan di tengah-tengah krisis kemanusiaan di negara itu.

Ketika ditanya sama ada agensi PBB termasuk dalam peraturan itu, Habib berkata, surat itu digunakan untuk organisasi di bawah badan penyelaras Afghanistan bagi organisasi kemanusiaan yang dikenali sebagai ACBAR.

Badan itu tidak termasuk PBB tetapi ia membabitkan lebih 180 NGO tempatan dan antarabangsa.

PBB sering bekerjasama dengan NGO yang berdaftar di Afghanistan untuk menjalankan kerja kemanusiaan. – REUTERS

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya