Tentera Israel serang Damsyik - Utusan Malaysia

Tentera Israel serang Damsyik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DAMASCUS: Tentera Israel melancarkan serangan dengan menyasarkan kawasan Damsyik malam tadi, lapor media kerajaan Syria.

Menurut laporan itu, pasukan pertahanan udara negara itu juga berjaya memintas beberapa peluru berpandu dilancarkan oleh tentera Israel.

Agensi berita SANA melaporkan beberapa ‘letupan berlaku di sekitar kawasan Damsyik’.

Badan pemerhati, Syrian Observatory for Human Rights memaklumkan dua orang maut dalam serangan di depoh senjata pergerakan Hizbullah.

Berdasarkan sumber tentera Syria, pasukan Israel melancarkan `beberapa peluru berpandu’ kira-kira pukul 12:30 tengah malam (waktu tempatan) menyasarkan beberapa kawasan penting di sekitar bandar Damsyik.

“Bagaimanapun, pasukan pertahanan udara kami berjaya memintas peluru berpandu dan menembak jatuh beberapa unit itu.

“Pencerobohan itu menyebabkan dua tentera cedera serta beberapa bangunan dan harta benda rosak dalam kejadian itu,” katanya.

Dilaporkan, Israel melancarkan beratus-ratus serangan udara di kawasan di Syria sejak perang saudara meletus pada tahun 2011.

Ia menyasarkan kedudukan kerajaan serta tentera sekutu yang disokong Iran dan pergerakan Hizbullah. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya