Salji tebal landa Jepun ragut 17 nyawa - Utusan Malaysia

Salji tebal landa Jepun ragut 17 nyawa

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TOKYO: Salji tebal di sebahagian besar Jepun mengorbankan 17 orang, mencederakan lebih 90 yang lain serta menyebabkan ratusan rumah terputus bekalan elektrik, lapor pegawai pengurusan bencana.

Salji tebal di wilayah utara sejak minggu lalu menyebabkan ratusan kenderaan terkandas di lebuh raya, melambatkan perkhidmatan penghantaran dan menyebabkan 11 kematian Sabtu lalu.

Ramai turut maut dan cedera kerana terjatuh semasa mengeluarkan salji dari bumbung atau tertimbus di bawah timbunan salji tebal yang menggelongsor dari atas bumbung.

Pejabat perbandaran di kawasan yang dilanda salji menggesa penduduk supaya berhati-hati semasa aktiviti membuang salji dan tidak bekerja bersendirian.

Agensi pengurusan bencana berkata, seorang wanita berusia 70-an ditemui mati tertimbus di bawah timbunan salji tebal di atas bumbung yang tiba-tiba menimpanya di Kota Nagai, wilayah Yamagata, kira-kira 300 kilometer (km) di utara Tokyo, di mana salji menimbun sehingga 80 sentimeter Sabtu lalu.

Di Niigata yang terkenal dengan penanaman padi, beberapa pembuat mochi berkata, terdapat kelewatan penghantaran dan kek yang terkenal ketika sambutan tahun baru itu mungkin tidak sampai kepada pelanggan tepat pada masanya.

Salji tebal menumbangkan menara penghantaran kuasa elektrik di pulau utama paling utara di Jepun, menyebabkan kira-kira 20,000 rumah terputus bekalan elektrik pada pagi sambutan Krismas semalam dan hanya berjaya dipulihkan di kebanyakan kawasan pada lewat petang.

Berpuluh-puluh kereta api dan penerbangan juga ditunda di utara Jepun semalam tetapi kebanyakan perkhidmatan kini sudah mula disambung semula.-AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya