Russia lancar serangan peluru berpandu baharu di Ukraine - Utusan Malaysia

Russia lancar serangan peluru berpandu baharu di Ukraine

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KYIV: Russia melancarkan serangan baharu peluru berpandu yang mengakibatkan sekurang-kurangnya tiga maut, selain bekalan elektrik turut terjejas di bahagian barat menjelang sambutan Tahun Baharu 2023.

Pada awalnya, Belarus memaklumkan, peluru berpandu Ukraine jatuh di wilayahnya dan mencetuskan protes diplomatik dengan Kyiv mendakwa insiden itu mungkin dilakukan Moscow.

“Seramai tiga orang terbunuh dan enam cedera, termasuk seorang kanak-kanak,” kata Menteri Dalam Negeri Ukraine, Denys Monastyrskyi mengenai insiden tembakan berkenaan.

Pagi semalam, letupan dilaporkan di seluruh negara termasuk di Kyiv, bandar kedua Kharkiv di timur dan bandar barat Lviv yang bersempadan dengan Poland.

“Malangnya, disebabkan kerosakan rangkaian yang ketara, sukar bagi kami untuk menghantar bekalan elektrik di wilayah Kharkiv, Kyiv, Odessa, Mykolaiv, Kherson dan Lviv,” kata ketua pembekal tenaga negara Ukraine, Ukrenergo, Volodymyr Kudrytskyi.

Serangan peluru berpandu itu turut mengenai wilayah barat Ivano-Frankivsk, di kaki bukit Gunung Carpathian hampir 1,000 kilometer dari Russia.

Ketua Komander Ukraine, Jeneral Valeriy Zaluzhny, berkata Russia telah melancarkan 69 peluru berpandu jelajah dengan 54 daripadanya ditembak jatuh.

Menteri Luar, Dmytro Kuleba menegaskan serangan terbaharu berlaku ketika rakyat Ukraine bersiap sedia untuk menyambut Tahun Baharu.

Semalam, Kementerian Pertahanan Belarus berkata, tenteranya menjatuhkan peluru berpandu Ukraine berhampiran bandar di sebelah barat, Brest yang bersempadan dengan Poland dengan menyiarkan rakaman serpihan yang jatuh di atas padang.

Pihak berkuasa di Minsk memanggil duta Ukraine untuk membantah insiden itu, kata jurucakap Kementerian Luar.

Lewat malam tadi Kyiv mencadangkan insiden itu mungkin muslihat Russia untuk cuba menarik Belarus ke dalam konflik itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.