Remaja perempuan Palestin maut ditembak tentera Israel - Utusan Malaysia

Remaja perempuan Palestin maut ditembak tentera Israel

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RAMALLAH: Seorang remaja perempuan Palestin maut ditembak oleh tentera Israel ketika melakukan serbuan Tebing Barat.

Remaja berusia 16 tahun itu ditemukan meninggal dunia di atas bumbung rumahnya yang terletak di bandar Jenin.

Menurut Kementerian Kesihatan Palestin, mangsa dikenali sebagai Jana Zakarna dan tinggal di bandar itu yang menjadi sasaran operasi serbuan Israel hampir setiap hari sejak Mac lalu.

Agensi berita Wafa melaporkan Jana ditembak di bahagian kepala oleh tentera Israel ketika berada di atas bumbung rumahnya.

Ahli keluarganya menemukan Jana dalam keadaan tidak sedarkan diri selepas tentera Israel meninggalkan kawasan tersebut.

Dalam pada itu, tentera Israel dalam satu kenyataan mengesahkan pasukannya terpaksa berbalas tembakan dengan suspek di kawasan tersebut.

Tanpa mengulas secara terperinci, tentera Israel memaklumkan pihaknya menyedari laporan mengenai seorang wanita Palestin terbunuh dan kejadian itu masih dalam siasatan.

Jelasnya, pasukan tentera melakukan serbuan di Jenin untuk menahan beberapa individu yang dikehendaki dan tiga orang berjaya ditangkap.

“Suspek melemparkan bahan letupan dan melepaskan tembakan ke arah pasukan tentera.

“Jadi, pasukan kami terpaksa berbalas tembakan dengan suspek yang memiliki senjata,” katanya.

Sementara itu, Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin memaklumkan tiga lagi penduduk Palestin turut tercedera dalam kejadian itu. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya