Rai pasukan bola sepak Iran kalah, lelaki maut ditembak

Rai pasukan bola sepak Iran kalah, lelaki maut ditembak

MEHRAN SAMAK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TEHERAN: Seorang lelaki Iran ditembak mati oleh pasukan keselamatan selepas meraikan kegagalan pasukan bola sepak negara ini meneruskan saingan di kejohanan Piala Dunia selepas tewas kepada Amerika Syarikat (AS) kelmarin.

Kejadian itu berlaku ketika demonstrasi antikerajaan merebak di dalam dan di luar stadium di Qatar serta di seluruh Iran.

Menurut Kumpulan Hak Asasi Manusia Iran (IHR) yang berpusat di Oslo, Mehran Samak, 27, ditembak mati selepas membunyikan hon keretanya di Bandar Anzali di bandar pantai Laut Caspian di Teheran.

“Mehran terus menjadi sasaran dan ditembak di kepala oleh pasukan keselamatan berikutan kekalahan pasukan kebangsaan ketika menentang AS,” jelas kumpulan itu.

Perlawanan antara kedua-dua negara yang memutuskan hubungan diplomatik lebih 40 tahun lalu itu berlatarkan penindasan ganas dan protes besar-besaran ekoran kematian seorang wanita Kurdistan, Mahsa Amini ketika berada dalam tahanan polis pada September lalu.

Dalam perkembangan berkaitan, pemain tengah pasukan kebangsaan Iran, Saeid Ezatolahi yang bermain dalam perlawanan menentang AS dan berasal dari Bandar Anzali, mendedahkan bahawa dia mengenali Mehran dan menyiarkan gambar mereka bersama dalam pasukan bola sepak remaja.

“Selepas kekalahan pahit malam tadi, berita pemergian anda membakar hati saya.

“Suatu hari topeng akan jatuh, kebenaran akan didedahkan. Ini bukan apa yang sepatutnya diterima oleh belia kita. Ini bukan apa yang sepatutnya diterima oleh negara kita,” kata Saeid di Instagram, menggambarkan Mehran sebagai rakan sepasukannya ketika zaman kanak-kanak.

Ramai rakyat Iran enggan menyokong pasukan kebangsaan, dan selepas perlawanan pada malam Selasa, rakaman di media sosial menunjukkan orang ramai bersorak dan membakar bunga api.

Pusat Hak Asasi Manusia di Iran (CHRI) yang berpangkalan di New York turut memuat naik video dari pengebumian Mehran di Teheran menunjukkan orang ramai melaungkan slogan ‘kematian kepada diktator’ yang ditujukan kepada Pemimpin Tertinggi Iran, Ayatollah Ali Khamenei.-AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya